Showing posts with label B2B. Show all posts
Showing posts with label B2B. Show all posts

Friday, April 10, 2015

#8 14 Days

Assalamualaikum.
Actually i just had my omg moment. Lagi 14 hari. SAY WHATTTTT? 14 HARI. 14. 14. 14. 14 hari. Dok kira dalam hati, pastu tak percaya dok kira plak dalam kalendar. Wakaka.

Perasaan macam lain macam tau. Taktau cane nok kabor. Haa terkeluar dah slang Pahang. Hahaha. Yesterday ive created the event Walimatul urus Rashidah & Naqiuddin on Facebook. Time tu pun macam OMG moment jugak. Bila tekan button 'create' rasa macam tak caye je. Cam betul ke. Cam boleh ke. Cammmm reallyyy? Really idah youre getting married?

Selama ni ada lah jugak terfikir perasaan macamanalah agaknya masa nak kahwin, masa nak send invitation, masa nak create event, masa nak hantar kad kahwin. Time tu sibuk nak majlis camni lah, pelamin camtulah, photographer yang ni lah. Sekaranggggg, omg beading baju tak siap lagi, handbouquet tak siap lagi, facial tak buat lagi, spa tak pergi lagi. Impian perkahwinan pun entah kemana. Hahahaha!

Anywayyyyyy, suddenly i got cold feet. Normal ke untuk orang yang nak kahwin camni eh? Bukan tak jadi nak kahwin, tapi tetiba macam flashback pulak memori dulu dulu masa kecik sampai lah ke besar duduk dengan family, andddd you know what comes next lah kan. Kenangan all comes flashing and suddenly there are tears in my eyes.


Wonder how im gonna be masa akad nikah. Eyeliner jangan lah tak powerproof. Hehehe :(

.

Saturday, March 21, 2015

#7 Matta Fair

Assalamulaikum.

Sebab dah kena transfer ke tempat kerja baru, letih tak sempat nak update pape dah (letih sangat eh betul lah haha) By the way minggu lepas ada Matta Fair kan. Nak cerita la aku pun pergi jugak. Wakaka.

Gerak dari rumah dah pukul 10 rasanya. Sampai je dah memang confirm lah ramai orang. It was first time for both me & N. so bila sampai je dua dua cam eh blur kejap. Seriously ramai orang. Tersangat ramai. Sekali round je dua dua dah naik stress. Aku sikit lagi je nak meletop. Hahaha

Anyway, lepas 3 kali pusing (ok 3 kali k) dapat lah pakej honeymoon (honeymoon ke macam tak percaya plak hahahahahha). Akhirnya. K pastu terus chow je. Oh finallyyyyy



Some tips before going to Matta Fair for you guys next time;

1) Kalau boleh set in mind terus nak pergi mana, berapa hari, berapa orang (It'll make things alot easier)
2) Bring enough money
3) Set terus date (Bila nak pergi dan balik)
4) Sampai awal (Trust me, you should!)
5) Have a big breakfast (in the morning) or a big lunch (if you guys decided nak pergi petang (Not cool to survey with a cranky stomach!)
6) Please be a considerate human. Get in the queue, Dont hog the road. Please wear some deodorant. hahaha

Rasanya lepas ni fikir banyak kali kot kalau nak pergi matta fair lagi ke tak. Haha

Ok tu je nak bebel. Byeee
.

Thursday, March 12, 2015

#6 Kad Kahwin!

Erm nampak tak siap ada tanda seru tu? Hahaha semangat kemain.

Anyway, just nak share inspiration kad kahwin yang ku suka. Dah lama dah peram niat. Peram tau peram. Haha

 Photo from Google

 Photo from Google

Photo from Google

Taktau la nak cakap tema apa ni ek. Vintage / English kot. Tapi serius cantik. Simple yet elegant. Watercolor effect katanya.

.

Tuesday, March 10, 2015

#5 Wedding elements

Sebenarnya, teringin sangat nak ada semua ni masa kenduri

Lightbulbs
Polaroids
Palete
Tuille
Flower Crown
The colour Mint
Beaches
Outdoor

Kalau lah kan. Kalau cakap pasal kalau monyet pon boleh terbang. Haha

Photo from Tumblr
.

Wednesday, February 25, 2015

#4 Dress fitting for the first time

Salam pembuka bicara.

Ahad lepas aku keluar dengan future in law's family sebab nak jumpa dengan caterer untuk kenduri belah N. N came all the way from Shah Alam with his sister to pick me up at Ampang and straightaway pergi Kepong which is tempat caterer tu. Mula mula sesat dah sikit sb kitorang waze alamat lama dia, sikit lagi nak meletop je aku melayan waze tu. Maxis pun sama time tu lah line tepon kejap ada kejap takde. Hahahaha

Anywayyy, bila dah sampai i am a bit excited la kan sebab first time katanya. Haha. Sampai je terus dia mintak kita food tasting dulu. Ok lah kan memang dia provide catering so makanan dia memang sedap and we all agreed. Then kitorang pilih design pelamin dan yang nak highlight kat sini is the part when we all tried their baju pengantin.

But the scary part is that all the baju pengantin are horrendous. Taktau nak cakap tapi semua designs yang ada semua design lamaaaa. Iolls taktau nak cakap apa masa tu tapi fortunately ada 3 pasang baju, which is songket which for me adalah yang paling okay sekali. So kitorang pun cubalah baju masing masing, and N with his. Lepastu yang sedih baju N tak muat and tak boleh nak alter dah sebab tak cukup basi. TT 

Long story short, kitorang tak amik la pakej baju pengantin dengan caterer ni, and we opt for other option which is cari tempat lain yang boleh provide baju pengantin dengan harga berbaloi. Cari cari punya cari, we found a place that could provide baju pengantin songket yang murahhh dan yang paling best boleh design sendiri. Hehuuu.

While thats left for N to think, i just wanna say last Sunday was awesomeee. Eh bila lah nak kahwin niiii. Hahahaha


Gambar sekadar hiasan. K till next entry!
.

Saturday, January 31, 2015

#3 HIV Test

Hai semua (for you, if any, readers out there)
Salam pembuka bicara.

Semalam pergi buat HIV Test. Ye lah, Nak kahwin kan. HIV Test perkara yang penting kena buat sebelum boleh memohon kebenaran berkahwin.

Jadinya, last week ive already googled some information on which government clinics/hospitals that provides HIV Test. Sebab i pergi keroje naik bas, Jadi wajiblah cklinik/hospital kerajaan accessible with public transport. Thennnn, jumpalah Klinik Kesihatan Dato' Keramat. Memang boleh jalan kaki je pergi klinik tu. ada lah dalam 200m kot dari Stesen LRT Jelatek. Sebenarnya memang ingatkan nak redah je pergi tanpa buat appointment, yelah baca review orang depa cakap kat sini tak yah buat appointment, tp tetiba rasa nak call. Pastu buat-buat lah rajin call. Haha rupanya kena buat appointment -,- 

Jadinya semalam lah pergi buat test. Waktu appointment ada pukul 2 je. Terpaksa lah skip meeting kejap (k korang janganlah ikut, sila amik cuti tau). Ingatkan kejap je, ok takde lah lama sangat but then memang test tu sekejap sangat. 5 minit je kot. Tu pun handled by nurse tau. Mula mula perlu isi borang, borang pendaftaran klau tak silap, and bayar seringgit. 

Picture from google

HIV Rapid Test Kit rupa dia sebijik macam ni. Tapi iols jarum dia kaler pink. Hehehe. Alah rasa macam tercucuk jarum masa nak pakai tudung tu je. Sikit je. Then dia akan guna tube amik darah (kecik je, macam miniature je saiz dia) and letak atas piring kit dia lah (iols pun taktau sebenarnya nama apa)

Picture from Google

Then tunggu kejap and dapat lah result. Haritu pergi nurse suruh tengok sendiri & pastikan ada berapa line kat atas piring tu. Insyallah korang semua dapat macam yang ketiga tu kan (dalam gambar) which is negative. 

The real waiting part is when you have to wait for the doctor's sign. For me ive waited for an hour lah jugak (which is takde lah lama sangat sebenarnya, tapi sebab nak kena balik ofis TT). Lepastu pastikan dapat borang kuning n merah, borang pengesahan HIV Test from pejabat agama masing-masing.

Things to bring:
1. Borang pengesahan HIV Test (dari pejabat agama masing-masing)
2. Pen
3. RM1
4. Kesabaran yang tinggi dan senyuman (hehehe)

Ok harap ada pengisian lah kepada readers. 

Thanks for reading!
.

Wednesday, January 7, 2015

#2 Handbouquet: Crochet Flowers

Salam pembuka bicara.

Remember in previous post i talked about handbouquet kan? And how much i wanted a crocheted handbouquet for my wedding? 


Seeeeee. I asked my mum to crochet some rose flowers in different colours, and some leave petals. The rest I put it on my own. 

So this is what you need for a DIY crochet flower handbouquet:

Crocheted flowers and leaves (i asked my mum to do this, since she loves crocheting so much, hehe)
Wires
Pearls (for decorating)
Bouquet handle (rasanya kat kedai barang pengantin memang ada jual)
Ribbons
Hot glue gun

Anyway, caranya memang straightforward je. Bunga bunga tu you guys kena pasangkan wayar. Then cucuk kat span bouquet handle tu (mengikut kreativiti). Then for the pearls, pasangkan wayar jugak. Then randomly cucuk cucuk diantara bunga tu, so that tak nampak kosong sangat. And the ribbon is used to cover the handle of the bouquet flower. And taraaa siap!

P/s: Sorry tak ada gambar on the processes. sebab buat benda ni pun cuba cuba je. Then tetiba rasa cantik lak. Haha! What do you think? :P
.

Monday, January 5, 2015

2014

Salam pembuka bicara.

Sempat lagi kot nak wish happy new year? Hehe. Anyway, lots of things happened in 2014. Yang baik, yang tak berapa best. Bukan lah tak boleh nak kenang, kan? Even kita drive pun kite perlukan cermin pandang belakang. Haa gitu lah ibaratnya.

Lots of memories in 2014. Seriously 2014 gone like in a blink of an eye. Cepat sangat habis tahun 2014 ni. Tak terasa! Baru sedar yang 2014 nak habis bila tengok calendar. 

Nak ringkaskan cerita, 2014 tahun

Finish my studies and graduated my Msc in FM,
Starting my small business called Bakeitsweet (sekarang macam dah slow sebab dapat kerja baru, hehe),
Got engaged (taktaulah term apa, tak rasa pun bertunang, macam merisik, tp gaya macam bertunang. Emm entah lah haha),
Got my first job!, my first salary,
Beli cincin kahwin, tempah baju, tempah pelamin, photographer, bla bla

Ya Allah alhamdulillah atas semua rezeki. Bila baca baca balik, patutla tak rasa 2014 habis, sebab macam macam benda berlaku. Hehe


Im looking forward for 2015!
.

Wednesday, October 8, 2014

#1 Handbouquet

Assalamualaikum.

Actually i dont know if i should start counting down now or not but erm macam awal lagi je nak bgtahu apa apa. Haha. Anyway, i saw these babies on the internet several days ago and i thought they are really something. 


Oh man oh man. Cantik betul. Nak buat tak reti pun. But i guess im lucky enough that my mom knows how to crochet :')

Ok lah nak mintak mak tolong buatkan. And ill be the one who put them in a bouquet. Harap harap menjadi lahhh. Kalau jadi kita follow up. Kalau tak diam je. Haha
.