#20 REVIEW: Official Photographer & Videographer by Syahmiazmanphotography & Twinception.my

Assalamualaikum semua.

Harapnya tak terlambat nak review (dah nak 2nd anniversary kot) dua daripada servis yang aku dapat masa wedding haritu, iaitu photographer and videographer. Benda best kena share so korang pon boleh ade memorable wedding ok. Hehe




Dia ni memang dah lama aku usha kat instagram. Dah follow sebelum kahwin lagi. Tapi masa tu tak rajin nak follow kat ig, just tengok website dia. Memang love dia punya hasil gambar. Clean je semua.






Banyak sangat gambar cantik rasa cam nak masukkan semuaaaaa!!! arghh

Untuk orang Kuantan memang recommended lah, sebab dia ni memang Kuantanese. Tapi rasanya sekarang untuk area KL and Shah Alam pon boleh. Yang bestnya dia ni ada makwe MUA (Make-Up Artist). Heheh. So untuk korang yang tak jumpa MUA lagi boleh buka page Instagram:  @makeupbycwfarah . I took her service for my nikah and reception as well and she was amazing. Check out this post #12 Review MUA for her review.

Untuk majlis aku, aku dapat 1 album 40 pages (kalau tak silap) with full leather cover, cd with pictures, & 1 big frame with a picture of me and Husband.

Instagram: @Twinception.my

Ok yang ni official videographer (ceh fefeeling artist plak nak letak official. Hahaha). To be frank, memula memang questioned jugak kepentingan nak hire videographer ni. Ye lah dok fikir, perlu ke? Rasanya gambar je pon dah cukup kot. Tapi bila fikir fikir balik. Ala rugi plak kalau tak record momen momen penting kan. Macam akad nikah & what not. Lagi pon kahwin kan sekali seumur hidup . Haha. Atleast for us girls kan (rolling eyes).

So i did my research here and there, and with budget that i have, depa je lah yang i mampu. Hehe. But fret not, diorang punya taste not bad jugak tau for their price. Package ada banyak kalau tak silap masa kenduri aku tu aku pilih video for nikah + reception.

What i got: a copy of videos from my nikah and reception (seperate videos, each about 4minutes+) + free couple tees from Meetsuri (Hubbee & Wifee)(tak penah pakai sampai sekarang sebab lengan pendek and takde kardigan/inner, hehehe).


So apa lagi korang jom check out dorang punya page!
.

2016 - 2017

Assalamualaikum.

Pheww hope its not too late to post about the end of 2016. I was kind of busy i nearly forget about it. 

Well 2016 is definitely a new year for me. I became a mom. A MOM. Not to brag coz never in my life i thought i would finally be a mom. I always felt like I would never be a great mom. Coz deep down inside i felt like dont know how to handle kids. And that scares me. Hahaha.

Let me tell you a secret, when i gave birth, the first few days of confinement in the hospital, i secretly wished that my baby did not cry or poop when she was alone with me and hubs in the room. Coz i was afraid!! I didnt even know how to change diaper or even give milk to her. Sad.

But that was 9 months ago. Now im brave enough to even stay at home alone with her when her dad goes to work. Hehe. alhamdulillah.

So that was the highlight of my year. I got pregnant, gave birth, confinement for 2 months, going back to work on Ramadhan and need to pump bm while fasting (penat ya Rabbi, menyusu masa bulan puasa). What a path.

Now i can safely say that i got my energy back (not that much but ok lah) since my baby girl already 9 months old in 3 days ( but she still wakes up twice at night for her milk, huhu) and suddenly i miss baking.

Please pray for me that i can get my baking business back on track. I really miss baking. Most of the time i felt like quitting my job now and pursue my passion which is baking and business. But it is not that easy. Even now i still keep the thought at the back of mind. Hehe.

Hope that 2017 kicks another exciting journey in my life Insyallah :)

#mybestnine2016
.

#19 DIY: Polaroid Wedding Guestbook

Assalamulaikum semua.

This time around i wanna share how i DIYed my wedding guestbook (Walaupun dah nak masuk 2 tahun kahkah) But i think it was the best decision i have ever made. Cheap, and i love every single detail of it.

Bermulanya camni, aku nak kahwin kan, so biasala, nak merakam majlis tu dengan kehadiran orang orang yang kita jemput. Guestbook/ guestnote kan ada banyak jenis, ada yang bentuk daun la, cop cop jari la, tulis note and gantung kat frame la, eh macam macam la. Tapi aku ni jenis traditional sikit. Nak yang jenis buku je. Haha.

Then aku google la for inspiration katanya. Memang ada macam macam jenis and pattern for guestbook. Aku pon cari jugak seller yang boleh buat mengikut apa yang kite nak. Tapi takde satu pon berkenan kat hati (susah jugak cerewet ni). Aku pon terfikir, why not buat sendiri aje. Bukan susah pon, beli 1 rim kertas, tebuk lubang, letak hardcover, & decorate lah! Haha. As easy as that.

So terjadilah guestbook ni -- (okay not the best picture of the book but i can tell you it satisfies me!)


Okay now what you need are:

1) A rim of paper of your choice. I chose cream coloured paper. Beli kat kedai buku, 100sheets baru RM14

Credit to Google Images


2) Hard cover
Credit to Google Images

3) Ring binder
Credit to Google Images

4) Stamp & stamp pad
Credit to Google Images


5) Decorative ie. lace, jute twine, a picture, etc
These credit to Google Images

6) The most important, a glue!


How to --

Basically you guys got the point right. 

1) Punch holes through the paper and covers. I punched six numbers of holes (more sturdy)

2) Stamp every pages of of the paper using your designated stamp and stamp pad. I like this sebab nampak lah berseri sikit page tu and every page is personal. (Asked my sister to do this, hehe)

The stamp. Benda stamp tu tak ingat letak kat mana tak sempat nak snap pic. My dearest sister yang pilihkan. Suka design ni sib baik cantik hahaha

3) Bind the pages and the cover together.



4) Decorate the front cover!
- Yang ni ikut kreativiti memasing jugak. For me aku letak gambar tu sebab nak bagi hipster. Kahkah. Then jute twine tu taktau sebab just because πŸ˜ƒThen tambah lah sikit ayat ayat personal kat depan tu eg. The Wedding of IDAH & NAQI, 25 APRIL 2015 (print out je, nak tulis tulisan buruk)πŸ˜‚

Lebih kurang camni. Font type boleh cari kat Internet. Senang!


So the end product after the majlis is like this!

I mean, isi dalam dia macam ni la. Hehe

Memang sangat puas hati. Pens yang provided kat meja tu pun semua warna warna tanah je. Black, silver, gold. Monochromatic je lah. So takde la colourful2 sangat. Hehe

Okay for bride & groom-to-be out there, hope this helps!❤❤

.

Saat Melahirkan

Assalamualaikum.

Entry ni dah lama sangat sangat peram kat draft. sekarang bila bukak balik thinking to myself nasib baik ada buat coretan ni, sebab sekarang dah lupa detik detik tu specifically. Hahaha. Tapi sakitnya masih terasa.Anak dah 8 bulan dah pun. Hehe. Ok lah jom sambung.

Sebelum ni aku selalu tertanya tanya macamana lah nanti when 'that' time comes. Ye lah, macamana perasaan ko bila ko rasa nak beranak, tanda tanda macamana, sakit macamana? Adakah aku akan rasa sakit masa kat ofis ke, or time weekend bila aku ada kat rumah ke? Memang aku selalu terfikir. Semua tu rahsia yang tuhan je tahu kan. Preparation kita sebagai manusia ni memang lah ada. Tapi setakat kemas barang baby, kemas bag, beli keperluan and macam tu je lah. Kalau dari segi mental, jujurnya memang tak berapa nak ready lol *cry emoticon* ada ke orang kalau tanya dia ready ke tak nak beranak dia cakap ready? Kalau cam aku ni pain tolerance memang rendah. Tengok orang main pisau potong sayur pon seriau. Haha ( sebab dulu ada memory terhiris jari masa buat keje KH. U see u see betapa trauma nye. Haha) Tanya la sampai bila bila pon memang tak ready. Tapi tu lah kan, mind over matters. Walau tak ready pon aku tetap cuba tak fikirkan sangat pasal sakit bersalin tu, eventhough aku tau satu masa nanti akan rasa jugak jika diberi kesempatan.
Post ni nak cerita pengalaman bersalin kali pertama. Untuk coretan diri sendiri. Mungkin akan jadi panjang. Kalau taknak baca takpe je. Haha
15/04/16
6.00 am
Macam biasa pagi tu aku bangun nak pergi kerja, so nak pergi lah mandi. Tetiba time turun je dari katil aku rasa macam sesuatu. Macam panas je. Aku dalam hati macam eh tak kot, belum nak beranak lagi kot. Eh tapi mungkin ke? Aku buat biasa je sampai la aku masuk toilet nak mandi, tengok dah ada bloody show. Tak banyak tapi ada la. Sebelum ni tak permah pulak experience macam ni. So, ok. Dalam hati aku masih tenang. Haha. Time tu pikir nak kejut naqi and ajak pergi hospital je. Mungkin takde pape and aku masih boleh pergi kerja. Mungkin la (semangat lagitu nak gi kerja)
7.50 am
Sampai hospital je terus cari Dr Elly. Masa ni boleh berjalan lagi, boleh senyum2 kat kaunter reception tu lagi. Haha. Siap boleh tunggu doktor and rilek2 dulu kat tempat menunggu. Then doktor datang and dorang pon suruh pergi buat CTG scan and diorang nak check berapa cm dilated. Turn out i was 1cm dilated. Dalam hati macam tenang lagi. Masih tak sedar yang aku ni mungkin akan beranak harini. Doktor suruh balik, sebab taktau berapa lama nak sampai 10cm tu kan. Sebab ada orang sekejap, ada orang lama nak tunggu. Doktor tanya nak admit ke. Tapi aku cakap boleh balik dulu kot. Boleh tahan lagi ni. Haha. Ok then doktor pun pesan malam datang semula dalam pukul 10mlm camtu, dia nak VE.
10 am
Seingat aku la start time camni sakit dah kerap datang. Masa ni macam confuse nak kira contraction macamana yada yada. Tapi aku tahanje lah, go with the flow. Siap sempat nak cuba tidur lagi tu. Tapi aku sedar yang tak boleh nak lena pon. Sebab bilabaring rasa tu makin kuat. So nak taknak aku duduk je. Tapi mata memang mengantuk. Goyang badan kiri kanan nak kurangkan sakit.
12 pm
Masa ni sakit dah macam agak kuat. Rasa macam nak nangis pon ada. Tapi aku tahanje sb rasa dia macam sakit senggugut tapi senggugut yang agak kuat la (tak pasti tahap senggugut tu camne sangat sebab aku jarang period pain alhamdulillah). So aku decide nak mandi terus shampu bagai, kononnye last sebelum beranak lah. Haha. Siap sempat kemas bilik, sapu lantai bagai. Haa kau. Gigihkan jugak badan ni pergi mandi. Then solat. Time ni masih boleh solat berdiri. Solat asar pun alhamdulillah boleh solat berdiri.
4.30 pm
Time ni baru la aku terfikir nak download contraction timer app la ape lah. Adui. Nyempat lagi. Aku try google the best app, tapi tak dan sakit sangat dah aku rembat je mana yang ada. Seingat aku masa aku try app tu ada la between every 5 minutes sakit tu datang, and lasted about 30 saat? Aku pun tak sure kenapa macam cepat sangat sakit tu. Ingatkan dah 5 cm. Haha
7.30 pm
Time ni memang tak berapa nak tahan dah. Maghrib pon kena duduk. Time ni cakap kat naqi, tak payah tunggu pukul 10 malam, lepas isyak pon dah boleh terus pergi hospital kot.
9.00 pm
Nyempat lagi makan nasi goreng. Tapi masa ni dah takde selera. Serius takde. Tapi semua orang pesan suh makan jugak. Aku pun dengan muka kelat aku telan jugak. Tapi tak ingat berapa sudu je. Tak sangka tu lah nasi goreng (& mee goreng sikit) last yang aku makan sebelum beranak. Dah siap makan semua, barulah gerak pergi hospital. Time ni boleh senyum senyum lagi.
10.15 pm
Dalam time camni kot, kitorang sampai hospital. Sampai je terus diorang mintak nak buat CTG scan and VE. Aku at the same time memang excited and tak sabar dah ni nak tau bukaan dah berapa. Kot la dah 7-8 cm ke. Sebab dah sakit sangat. Boy i was wrong. Bila diorang check je, baru 4-5 cm. Lol. Serius aku ingat dah nak beranak. Hurm. Redha je lah kena admit malam ni. Tunggu sampai bukaan dah 7-8 cm. So naqi lah yang setel hal bilik tu semua. Aku tak kisah dah duduk kat mana mana. Janji dapat baring. Doktor pun pesan "to get some sleep if you can" sambil senyum senyum. Aku paham dah. Malam tu sikit pun aku tak dapat tidur. Masyallah sakit sangat sangat. Lagi sakit kalau baring terlentang. So solution nye aku mengiring lah. Nurse pesan, kalau rasa nak berak panggil dorang. Aku cam, ok (dalam hati terbayang rasa nak berak tu camne, ingat kan memang rasa cam nak berak)

Sepanjang malam memang aku asyik kerling dekat jam dinding je. Kebetulan katil aku tu betul betul menghadap jam dinding. Haih lagi la terasa masa lambat berlalu. Aku dok tunggu jugak bila la rasa nak berak tu sampai.

16/04/16
6.30 am
Masa ni kejut naqi nak subuh. Sebab aku pon memang tak boleh nak tidur dah. Time ni aku decide nak panggil jugak nurse. Sebab tak tahan sangat sangat dah. Memang ada rasa nak berak tapi taktau la betul ke berak camtu. Masih confuse. Sebab rasa cam nak berak bukan nak beranak. Haha. Panggil nurse suh check. Rupanya dah 7-8 cm dilated. Aku taktau nak happy ke lega ke or takut. Terus nurse tu bawak aku masuk labour room. Masa ni aku fikir 'that' time has come. Get ready idah. Masa ni jugak la semua breathing technique muncul dalam kepala. Haha. Nak hypnobirthing lah ape lah. Adui. But believe me, 1 pon aku tak dan nak apply. Huks.

7.30 am
Lebih kurang time camni aku dah masuk labour room. Nurse get ready pasang CTG semua. Heartbeat baby alhamdulillah semua ok. Just tunggu masa nak fully dilated je. Masa ni lah dugaan nye datang. Sebab bila dah fully dilate, tapi baby tak turun lagi. Masa ni aku dah start kena push. Push supaya baby turun. Tuhan je yang tahu masa ni berapa payah nak teran. Huhuhu. Seingat aku ade dua orang nurse tolak tolak perut sebab katanya baby kat tepi, dia tak jumpa jalan. Tu yang dorang tolak. Aku tak cakap apa la, mampu tengok je sebab nak kena push lagi. Dalam hati tolong la baby turun cepat, mak dah tak larat.

It took a while jugak nak nampak kepala baby. Aku dah paham yang teran bila contraction datang je. Tapi sekali bila contraction tu datang, takde la rasa macam nak berak pon. Tapi rasa sakit. Camne ek nak cakap. Huhu. Tuhan je yang tahu kederat aku dah tinggal banyak mana.

Dah banyak kali push tu, nurse offer nak bagi gas. Sebab mebi dia tengok aku cam kesian sangat kot tahan sakit. Aku yang tengah takleh fokus tu cam iyakan je lah. Anything that can take the pain away *cry emoticon* tapi nurse tu siap bagi disclaimer la yang gas ni tak mabuk sangat, dia just like laughing gas and buat kau khayal sikit, tapi kau masih mampu push. So nurse pun ajarlah camne nak guna gas tu. Bila contraction datang and sakit, terus sedut sampai sakit hilang. Honestly i tell you, langsung tak membantu. It does take the pain away buuuuut mungkin dalam 3% je lol. Lepas dah setel beranak baru aku tau nurse tu bagi gas enthonox.

9.30 am
Alhamdulillah tepat pukul 9.30 pagi lahirlah puteri sulung kami ke dunia. Masyallah naqi cakap lebat betul rambutnya. Doktor and nurse pun excited. Naqi potong tali pusat and azankan baby. Time baby keluar seribu 1 perasaan datang. Lega, sedih, takut, gembira, sebak. Taktau nak describe.

Alhamdulillah doktor and nurse sangat supportive. Supportive of normal birth and breastfeeding. . Malam first memang letak baby kat nursery, sebab memang aku tak larat sangat sangat dah. Bayangkan lebih dari 24hrs tak tidur (kat uni pun tak pernah camtu) balik ke bilik je lepas bersalin tu cari masa nak rehat. Dalam hati baru sedar yang camni rupanya perasaan lepas bersalin. Im was so drained.

Lepas tu bermula la journey of me and naqi as parents. Hehe. Bila baby dibawak masuk bilik je aku jadi nervous. Harap baby tak nangis. Sebab aku taktau nak wat camne. Haha. Bila baby berak pon dalam hati aku berharap biarlah time parents aku ada, boleh mintak mak or ibu aku yang tolong bersihkan. *cry emoticon* Tapi naqi pon pandai dah masa tu. Tengok demo sekali je terus dah amik jawatan. Hehe im so proud of him *grin emoticon*

Bila ingat balik, alhamdulillah tuhan permudahkan semua. Tipu la kalau cakap beranak ni tak sakit langsung, tapi aku bersyukur tuhan permudahkan, ada tanda sebelum aku pergi kerja, takde la aku dah kat ofis baru nak sakit perut. Kalau tak mungkin anak aku dah jadi rakyat kl kot. Hehe

So, itulah pengalaman pertama aku bersalin. Sebelum beranak aku selalu jugak la baca blog blog orang cerita pasal pengalaman masing masing. Honestly aku tak risau pasal sakit contraction sebenarnya sebelum aku beranak tu, tapi takut kena jahit. Huhu. Cam eh seramnya kalau terkoyak, kalau kena gunting, kalau kena jahit. Seraaaaaaam. Tapi actually sakit kena gunting tu like 1% je dari sakit bersalin *cry emoticon*


Belanja gamba ctg scan a week before. Time ni perut memang dah start mengeras tapi taktau plak tandanya dah nak bersalin. Bacaan spiked sampai 100. Huhu. Dan kat bilik ni jugak lah aku beranak. Tak sangka. Haha

So begitulah kesudahannya. Alhamdulillah semua selamat. Syukurrrr!
.

26th Birthday

Assalamualaikum.

Tahun ni memang tak tersangka nak ada surprise celebration (walaupon setakat makan makan kek sikit, cukup bertuah dah rase). 1st sekali kat ofis. Dah pindah department lain pon department lama still celebrate. Siap dengan KFC bagai. Helloooo. Terharu dah rase. Kek pulak tu sedap gila. Taktau la diorang beli kat neπŸ˜‚πŸ˜‚

 Sedap kek ni!


Pastu malam tu pulak. Yang ni lagi tak sangka. Sebab husband bukan jenis sambut2 birthday bagai ni. Selalu birthday takde sambut apa pon. Kecuali ucapan manis dibibir je. Hahaha. Sebelum kawin ade le. Tapi dah kawin mungkin tak sempat dah. Tapiiiii, ada jugak kali ni. Malam birthday tu aku dah lapar gila, nak makan nasi kat rumah. Tapi suami tak bagi. Katenye tak sempat dah, nak balik dah ni, nak balik awal, tak sempat dahh jom balik. 2 3 kali mak mentua suruh bungkus tupperware bawak balik (mak mentua taktau ada surprise bagai)πŸ˜…

Budak kecik tidur lambat

So aku pun redho lah naik kete nak balik rumah. Siap menitik air mata tak dapat makan nasi tadi (note: memang lapar gila time tu tasa cam dah kempunan nasi pon ade). Tetibahhhhh sampai satu simpang ni suami tanye nak makan ape? Aku cam huh. Pape je lah. Dah ada makanan tadi kat umah, lagi mau makan luar. Pastu suami buat plak "ehh salah masuk simpang plak" then nex thing i know kitorang dah sampai SACC Mall. Pastu korang tau lahkan masuk mana. Tempat yang ade kek la obviously. Secret Recipe!! Ok then the rest is history😍😍 kemain weh drama bagai sampai menangis at back seat. Hahaha. Suami taktau yang ni.


Pastu hari kelmarin pon drama jugak. Ofismate nak sambut birthday, tapi birthday girl nya tak datang keje, MC. Hahaha. Kek dah beli ni terpaksa la simpan dalam peti ais 1 hari esoknya baru sambut. Hehehe. Thanks guys really appreciate itπŸ€—πŸ€—πŸ˜πŸ˜

Tiup kek hehe

Oh and tak dilupakan jugak, malam sabtu pun ada litlle celebration jugak. lepas kenduri sepupu tu diorang my. BFF mai dari JB nun.Heaaaa. Kek Baskin Robbin tau jangan memain. Kahkah. Pastu cair. Thanks korang.

Kek sedap pastu mencair

So there was the story. Macam macam kenangan. Hehe. I will never forget this. Alhamdulillah for everything☺️
.