Tuesday, March 22, 2016

ANTENATAL Class 2016 @ DEMC Hospital

Assalamualaikum.

Last week i went to this one Antenatal Class. Apa tu antenatal class? Aku pon memula taktau antenatal tu apa. Yang aku selalu dengar kelas bersalin. Hahaha. Jadinya bila dengar antenatal class tu macam pelik sikit la. Tapi bila guna perkataan 'antenatal' tu memang senang nak Google macam macam. Hehe.

Quoted:

"Antenatal classes can help you and your partner to prepare for labourbirth and early parenthood. Some classes focus mostly on labour and birth, while others guide you through late pregnancy, and what life with a newborn baby will be like" - Babycentre.uk


Jadinya bahasa mudah nak faham kelas antenatal ni macam kelas untuk ibu ibu mengandung buat persediaan untuk menghadapi sesi beranak & kehidupan dengan kehadiran orang baru lepas tu. Huhu


Aku buat masa sekarang duduk kat Shah Alam, jadi aku ada beberapa pilihan nak pergi kelas antenatal kat mana, which are

3. Pusat Rawatan Islam Annur, Bangi

 Antenatal Class date @ KPJ Selangor, Shah Alam

Antenatal Class date @ DEMC Hospital, Shah Alam

Antenatal Class date @ Hospital Pakar Annur, Bangi

Ok setakat ni, ni je lah yang aku mampu buat kajian. Hahaha. kalau nak tahu lebih lanjut Google je kayh. Lagi cepat dan senang. 

Actually kalau tengok pilihan yang ada, aku memang teringin nak pergi yang pilihan no 3 tu. Reason being, sebab islamic. Aku sukaaaa. Rasa macam menarik nak explore. Tajuk tajuk dia pun lain sikit dari yang lain, kan? Tapiiii, kat Bangi. Agak jauh la sebenarnya. Huhu. Naqi kalau boleh tak nak jauh sangat. Sebab ye lah. dia yang nak kena drive kan. Haha

Jadinya options tinggal dua je. I tried calling KPJ Hosp asking them about antenatal class, tapi masa tu tarikh paling hampir semua dah penuh. Aku nak book untuk 13th, 27th Feb or 12th Mar tu, tapi semua fully booked okayhh. Paling cepat aku boleh date 27th Mar. Huhu lama sangat tu.

So another option aku try la call DEMC. And you know what alhamdulillah ade rezeki kat situ. Tarikh 13th Mar ada kosong. Aku pon terus book aje lah.

Sebenarnya aku pon clueless pasal kelas ni. Tetiba rasa nak pergi sebab tetiba rasa macam "eh dah cukup ke ilmu aku nak beranak ni, nak jadi parent" so dengan tu triggered nak cari kelas ni. Tak salah pon mencuba kan. Hehe. Tak la bermaksud sekali ko pergi kelas camni kau terus pandai. tak la. Tapi atleast ko ada basic la kot. Atleast for me.

Ok to the main topic , 

Antenatal Class @ DEMC Hospital Shah Alam
Date   : 13/3/15
Time  : 9am-5pm
Price  : RM150/couple



Topic 1: "Pain Relief"

Basically under topic ni dia bagitahu pasal types of bius yang biasa hospital bagi untuk ibu ibu mengandung untuk tahan sakit masa melahirkan. 
Masa ni aku sampai lambat. Hahaha. Pastu nama speaker aku tak sempat salin. But she's an anesthetist. 
Dr terangkan pasal Epidural (cara cara suntikan, effect), Entonox (sedutan gas) campuran oxygen dan nitrogen & suntikan Pethidine atau Morphine (effect). Ok untuk lebih pemahaman korang boleh Google kesemua ni (aku tak nak tersalah bagi info plak nanti).
Agak membantu info yang dia bagi. Insyallah nanti aku tau lah apa yang patut aku pilih bila terpaksa. Huhu

Topic 2: "Pregnancy & Labour Process"

Yang ni diterangkan oleh OB GYN specialist. Again, aku tak sempat nak salin nama dia apa, sebab aku sibuk amik breakfast kat luar yang pagi tadi aku tak sempat nak makan sebab sampai lambat. Hahaha. Penerangan doc memang best. Doc explain from 1st week of gestational age sampai due. Then pasal labour pain & stuff. Ni macam seram sikit. Semoga Allah swt permudahkan segalanya nanti.

Topic 3: "Care of Newborn, Child's Vaccine Updates and Effective Baby Massage"

Tak gemar speaker dia. She's a doctor btw. Tapi cara dia bercerita macam nak cepat cepat. Pastu macam tak very informative sgt, just baca kat slide je. Huhu. Lepas tu pasal baby massage dia tak explain pon. Mungkin kekangan masa. Sebab doc nampak macam nak cepat cepat.

Topic 4: "Nutrition During Pregnancy"

Presented by Anmum consultant in nutrition. Quite informative, tapi presentation more on promoting dia punya product. Biasalahkan. Mesti kena ada give and take. Haha. I like this session, sebab ada free gift. Tapi kena jawab soalan la. Soalan dia sangat senang. Just kena tumpukan perhatian je masa dia explain. Uhuks. Basically dia explain pasal nutrition masa pregnant, menyusu and time berpantang.

Topic 5:  "The Importance of Postnatal Care"

Postnatal care ni macam penjagaan semasa dalam pantang lah kan. Tips dan langkah langkah penjagaan ibu dalam pantang. Quite informative jugak, jugak cuma dia explain agak brief.

Topic 6: "The Importance of Early Screening & Effective Breathing Technique During Labour"

Oh topic ni ada practical session. Mula mula dia ajar theory je. Then ada sesi praktikal which is dia siap provide yoga mat and kena practice breathing. Huhu. Exercise ketika pregnant pon dia ajar juga. Tapi para suami yang kena buat. Haha. Sebab tertonggeng2 caranya. Takkan bini perut bulat nak buat depan suami orang lain kot. Hahaha. Taktau la nanti aku sempat ke idak nak mempraktikkan masa nak bersalin nanti. Moga moga ingat & dipermudahkan. 

Topic 7: "Successful Breastfeeding"

Aku rasa dalam banyak banyak topic and speaker part ni paling best & seronok. Sebab speaker sempoi, & apa yang dia terangkan pon menarik dan memberi kesan. Sangat supportive in term of exclusive breastfeeding. Speaker siap share brand breastpump apa yang bagus (berdasarkan research yang dia buat), cara menyusu yang betul, kalau puting luka apa yang perlu buat & so on. Thumbs up untuk topic last ni. Hehehe.

Overall review?
Dari segi harga, yang KPJ punya program lagi murah. Dari segi information gathered, aku tak boleh nak komen banyak sebab aku pergi yang 1 ni je. Tapi bagi aku *personally* kelas dia biasa biasa je. Most of the info yang dapat, kalau korang rajin membaca, memang boleh dapat sendiri. Hehe.
Penting ke kelas ni? Aku rasa kalau korang rasa tak cukup apa yang korang dah baca tu korang boleh la enroll into one of the classes. Ilmu jugak tu. 
Oh & kat sini ada bila korang register je korang dapat goody bag. Masa kelas ni aku dapat 1 beg dalam tu ada free susu Anmum *pek kecik*, magazine Pa&Ma & satu notebook untuk baby progress which is sangat comel. Haha. Breakfast + tea break + lunch + tea break provided. Time kelas pon ada lucky draw, siap ada hamper 2 ketoi.
.

No comments: