Thursday, March 10, 2016

Honeymoon BALI, Indonesia

Assalamualaikum


*Warning: Really long post ahead*

Dah basi sebenarnya nak cerita pasal honeymoon ni. Haha. Ye lah nak masuk setahun kot baru nak cerita. Actually nak letak dalam blog supaya dapat la jadi kenangan nanti. Ececeh.

Anyway, kitorang amik pakej Honeymoon for Two dengan Travel Agent (TA): D Asia Smart Link Holiday Tours (Promote ke? ok jap lagi cerita k. Haha)
Pakej 4D3N at Private Pool Villa Nunia, Seminyak. Bunyi cam kelas kan. Ok jap lagi cerita jugak teruskan membaca k. Haha.

Pakej ni kitorang beli masa Matta Fair bulan 3 2015 kalau tak silap. Dah nama rezeki Alhamdulillah dapat lah jugak pakej ni. Sebab memang banyak TA lain offer macam macam with different rates, tapi kitorang sepakat lah masa tu yang ni paling best lah kiranya.

So bermulalah journey nak pergi honeymoon dengan Naqi. Hahaha. Masa tu excited ko tau. Tapi honeymoon kitorang 3 minggu lepas kahwin. Sebab memang saja pilih lambat. Lagipun gap majlis kahwin dua-dua 2 minggu. So okaylah gitu kan. Takde nak rushing sangat pon. 

Honeymoon Package
Ok about the package. Kitorang pilih 4D3N pakej ke Bali from 18-21 May 2015 @ Nunia Villa Seminyak.
Ni sedikit sebanyak apa yang kitorang akan dapat la bila kat sana nanti.

DAY 1: ARRIVAL IN BALI (D)
Upon arrival at Ngurah Rai International Airport in Bali meet and greet by our driver, check-in hotel. Romantic Candle Light Dinner will be serving at Villa. Free Program

DAY 2: ROMANTIC BEDUGUL – TANAH LOT SUNSET TOURS (B/L/D)
Breakfast at the villa and proceed for full day tours by visiting the Bed-ugul highland, Stopover at the famous traditional colourful fruit and flower at CANDI KUNING Market. Nearby, the 17th century ULUN DANU temple, on the shore of Lake BERATAN is worthwhile to visit. Buffet Lunch at local restaurant while enjoying the natural panorama and natural air around the lake. Afterwards, the beautiful evening will be ended with a spectacular sunset at the famous TANAH LOT Temple, built on a volcano out-crop on Bali's rugged west coast. Dinner serve at Local restaurant. Back to hotel

DAY 3: FREE & EASY (B)
Breakfast serve at the villa and make use the Villa facility. Today, spend your day at the villa or go around the areas with your own arrange-ment

Day 4: BALI DEPARTURE (B)
After breakfast free on your own program till transfer check out time at 12noon. Then transfer to airport 2-3 hours before departure time. End of service.

Package inclusive:
 Stay at one bedroom Pool Villa
 Welcome drink upon arrival
 Daily Breakfast for 2 Person at your own private Villa
 1 x 3 Course Romantic Dinner
 1 x 1 Hour Balinese Massage
 Honeymoon cake & Honeymoon set up
 Return Airport Transfer
 Full Day Bedugul –Tanah Lot / Ubud Kintamani Tour (1x)
 24 hours Internet access ( Wi-Fi)
Package Exclusive:
 Return Airline ticket
 Bali Airport Tax IDR 200.000 @ MYR60 net per person
 Travel Insurance @ MYR15net per person
 Additional (if any): Extra meals, Extra transport &
 Optional to(Watersport, etc.)
 Tipping RM5/USD 2 guide/driver, mini bar & other personal
 expenses unspecified on itinerary.

Bunyi cam bosan kan? Haha. Tula bila baca ni kali pertama memang taktau nak expect apa.. Sebab kitorang berdua memang tak pernah jejak Bali. Jadinya kitorang fikir why not. Yang aku tahu Tanah Lot je. Tu pun sebab tengok gambar orang lain yang pergi Bali mesti jejak Tanah Lot. Hahaha.

DAY 1

Malam sebelum tu macam biasa, aku baru sibuk nak kemas baju. Aku tak kisah sangat bab packing baju sebab sebelum ni banyak kali jalan jalan pun memang biasa kemas sendiri. Setiap 1 hari 1 baju jalan. Baju tido bawak sepasang je. Pakai 3 malam. Kahkah. Biasa memang macam tu. Travelling light orang kabo. Hahaha. Tapi yang lain sikitnye kali ni aku kena pack baju Naqi gak. Kalau tak nanti dia campak je dalam beg tu pulak. Haha

So pagi tu kitorang gerak from rumah ke KLIA. Aku dah tak ingat flight kol berape. Haha. Then kitorang park kereta dekat site tempat keje Naqi tu. Ye. Naqi call client (which is dah jadi member dia time tu) mintak tolong jaga kereta and park kat situ. LOL. So takde bayar parking ticket ke ape lah. *cry emoticon*

We flew with MAS straight to Ngurah Rai Airport, Bali. Include with meals.

Cam biasa aku memang suka snap gambo makanan. Buat kenangan. Walupun makanan biasa sajor. haha

Bila dah sampai kena lah amik gambo dulu. 

Bila dah collect luggage semua, kitorang bergerak keluar. Tercari cari jugak lah driver. Kat sini biasa lah diorang panggil supir. Hehe. Dah jumpa supir kitorang terus shoot ke Seminyak . Perjalanan takde la dekat sangat, dengan jammed kat sana faham faham jelah camne ek. 

Kat sana memang banyak sangat private properties. I mean, yang buat bussiness private villa ni memang sangat banyak. Macam macam rupa and design. Semua nya cantik in their own way.

By the way Seminyak ni memang jauh sikit dari bandar Kuta. memang pilih kat sini sebab dari kajian aku aku taknak duduk kat Kuta tu. Situ agak crowded dengan pub and night club. Memang happening tapi aku bukan nak pergi situ pon, so duduk jauh sikit pun takpe kot. Konon takmau bising bising la. Haha

Hari first memang tak buat pape. Kitorang sampai sampai je memang dah letih gila. Sib baik ada complimentary drinks tu. Air free, sedap la. Kahkah. Malam tu pun provided dinner for two. Reception call & tanya nak menu apa untuk dinner.

Free romantic dinner by the pool. Kejap je ni. *pastu nyamuk banyak then angkut semua makanan masuk makan kat dalam rumah*

DAY 2

Bangun pagi pagi. Cam biasa aku hari first memang semangat. Walaupon kalau ikutkan hati nak sambung tido & bangun tengahari. Haha. Malam tadi reception dah ambil order siap siap untuk brekfast harini. 

Breakfast ala ala omputih gitu. Hari first fefeeling makan breakfast oversea.

Then kitorang siap siap untuk jalan jalan! Memula pergi kat receptionist desk & berkenalan dengan supir kitorang. Supir yang ni memang untuk travel untuk harini je. Selepas dah binacang bincang, supir tu cakap 1st stop better pergi Tanah Lot, sebab tak panas sangat katanya. Ok. So kitorang pon geraklah ke Tanah Lot.

Tanah Lot Temple

Subhannallah memang sangat cantik ciptaanNya. Sebenarnya tempat ni adalah temple untuk locals. Biasalah kat sini memang penuh dengan temples. Yelah sebab majoriti kat Bali ni adalah beragama Hindu. So memang banyak sangat temple & candi kat sini. Tapi yang aku cakap cantik tu pantai and air yang melibas ke tebing tu. Hehe.

*Berlatar belakang kan tebing yang dipukul ombak*

My opinion:
View-wise, tempat ni memang sangat cantik. Boleh pergi pagi or petang. kalau tak silap aku time petang lagi cantik kot. Sebab ada view sunset sambil tengok tebing. Romantik sangat.  Hikhik. Selain dari tu, takde apa sangat yang boleh tengok kat sini, cuma pemandangan yang sangat cantik.

Ulun Danu Temple, Lake Beratan

Lepas Tanah Lot, kitorang gerak ke sini pulak. Tempat ni kalau tak silap aku agak jauh jugak nak sampai. Sebabnya kawasan ni macam tanah tinggi sikit. Sejuk. Ala ala cam cameron highland. Hehe. Siap berkabus bagai. Kitorang sampai situ dah tengahari. Tapi panas nya tak terasa sangat. Sebab matahari dah kena block dengan kabus. So cool.

 So.. thats the lake & my hubby

 My hubby again

Some of the temple architecture

My opinion:
Biasa. Tapi tempat sejuk. Tepi tepi jalan ada locals jual buah buahan and sayur. Paling best ada jual buah salak yang manis. Overall, biasa jugak. Cuma ada architecture temple diorang yang banyak kat sini.

Kuta Beach

Dah puas jalan jalan tengok temple, then kitorang gerak balik ke tempat asal. Sebab villa kitorang bukan dekat Kuta, so why not petang ni kitorang pergi tengok pantai kan. Nak la jugak tengok ada apa yang best sangat kat pantai yang femes kat Bali ni. Haha.

Masa ni camera dah habis bateri, so ambik gambar kenangan pakai camera phone je lah. Tssk.

 Before the sun sets. Masa ni sumpah panas gilaaaa. *cry emoticon*

 Yang ni aku tak sure tengah fenfeeling ke camne. Haha

 Sunset
Ok time ni tetiba je lapar pulak. Sempat grab some buns kat bakery dalam Mall kat depan pantai and fenfeeling makan sambil tengok sunset *gitchuu*


My opinion:
Biasa je kat sini. Agak crowded. Banyak pub & nightclub. Opposite beach ni ada mall boleh tahan lah besarnya. Tapi again, takde apa apa yang lain kat sini.

Thennnnnnn, bila dah selesai tengok sunset tu, kitorang pun gerak balik. Tapi kan ada free dinner kan. So pak supir bawak kitorang pergi makan dinner. Apekebenda nama tempat tu ye. Aku pun dah tak ingat. Tapi agak sedap la. Dia macam ayam penyet. Tapi bukan ayam penyet namanya, ala ala cam ayam hancur gitu. Emm. maksud lain tulang dia hancur. Haha *tak reti explain*

*Gambar selepas dah diedit brightness 124 juta kali*

DAY 3

Kalau ikut itinerary hari ketiga ni free & easy katanya so kitorang pun plan la sendiri. Sebab Naqi dah suka sangat dengan pak supir free semalam tu, so dia mintak la pak supir tu jadi supir kitorang lagi sekali untuk harini. Haha.

Breakfast day 3. Sejenis mee indo yang digoreng lengkap dengan telur mata. Tak silap aku yang kanan tu aku punya, which is mestila yang paling sedap. Haha

Ok so after heavy breakfast, bersiaplah kitorang ke our first destination of the day, iaitu Tanjung Benoa.

Tanjong Benoa

Kat sini kalau google memang tersangatlah femes dengan water sportsnya. Ramai betul mat saleh datang sini sebab nak main water sports. Water sports ranging from paragliding, banana boat, diving, flying fish, jet skiing, even snorkeling pon ado. *banyak lagi sebenarnya tapi ni je yang aku ingat*

Price wise pulak ranging jugak. Kat tepi pantai memang sangat banyak company yang offer macam macam pakej utk kita yang baru sampai kat situ. Ada yang mahal yang murah so kena pandai pandai la pilih.

Untuk kitorang pulak, cam biasa supir tu mesti la dia rekemen tempat dia kan. Haha. Tapi kitorang lastly tak pegi main games pon. Sebab memang tak plan. Baju spare ape pon tak bawak. So memang datang sana telan air liur je lah. Lagipon better tak main kot. Kalau main mungkin aku akan sunburn dua tiga tahun. Sebabnya time kitorang sampai tu dah tengahari! so balik terus je lah pastu. Haha

Ini je yang mampu tangkap. Nak gi jejauh lagi tak sanggup dah weii. Panas.


My opinion:
Pergi kalau korang memang betul betul nak main water sports je. Sebab what i can say is that price-wise harga ni memang lagi mahal daripada kat Malaysia. Plus, kat Malaysia pon apa kurangnya, boleh jugak dapat flying fish semua tu kan. Kecuali yang underwater diving pakai penutup kepala kaca sambil berjalan kat dasar laut tu je lah takde kat Malaysia aku rasa. Haha



Time ni lunch sebelum gerak ke next destination. lapar weii masa ni. tapi muka aku dah penat gila. nape ek. Haha. Aku kemain makan nasi goreng cina. Dah start rindu makanan Malaysia lah tu. Naqi makan ayam penyet kalau tak silap.

Pandawa Beach

Aku pun taktau kenapa kitorang pergi sini. Actually pnatai ni aku taktau nak kata famous ke tak. Korang tau ke pantai ni? Aku pernah dengar & tengok dalam instagram je Pantai Pandawa ni. Memang sangat cantik. Pasir putih bak salju. Air biru. Tapiiii. Time kitorang sampai kat sini waktu dalam pukul 3 petang camtu. Faham faham je lah time camni memang sangat lah panas. Aku yang pakai topi and shades ni mata pon susah nak bukak. Wuu.

Tepian pantai

 *Pandawa Beach*

Air dia ala ala warna turqoise. Tapi tak nampak sangat kan. Buruk jugak quality gamba ni haha

Tak ingat berapa lama masa spent kat sini. Rasanya takde la lama sangat. Sebab takde apa nak buat. Kitorang just chill tepi pantai bawah payung sambil menikmati air kelapa je lah. Air kelapa pun tak berapa sedap. Taktau kenapa. 

*fenfeeling lepak tepi pantai*

My opinion:
Tak payah pergi sini pon takpe kot. Kecuali kalau korang nak pergi jugak, pergi time pagi or waktu petang. Pagi boleh tengok sunrise. Petang tak dapat tengok sunset sebab matahari at the other side.

Uluwatu Temple

Dari Pandawa Beach tu, kitorang shoot terus ke Uluwatu. Pak supir la yang beriya nak bawak kitorang pergi sini. Punya la dia promot dia cakap kalau sampai Bali tak sah kalau tak tengok Kecak Dance kat sini. Okayy. Kitorang pon cam ok lah jom try tengok, apa yang menarik sangat Kecak Dance ni.

Kata pak supir tu lagi memang ngam lah bila kitorang sampai je kat Uluwatu just before sunset memang boleh tengok Kecak Dance. Nak masuk kena beli ticket tau. Kalau tak beli cepat tak boleh masuk & tempat dia terhad je.

Time ni dah macam penat gila. Tengok muka cam terpaksa senyum je.

View from the cliff!

Apa tu Kecak Dance?

Kecak Dance ni actually macam a 'chant' or mantra, & ada cerita sebalik chant ni which is about the Ramayana Monkey. OK tak tahu nak explain cemana dah sila google. Haha. Yang aku tau kalau tak ready mental memang bunyi chant tu agak scary and masa tengok ni iman kena tinggi sikit lah. Sebab dia memang macam memuja matahari yang tengah nak tenggelam tu & aku rasa ni adalah budaya agama Hindu kat sini. 



My opinion:
Depends. Kalau korang suka nak mendalami local culture kat sini korang boleh pergi. For me, aku jenis yang alang alang dah sampai sini why not tengok apa yang ada kan. Lagipun kat sini view waktu sunset Subhanallah tersangatlah cantik.

Jimbaran Beach

Wei selepas seharian berjalan *memang penat aku rasa nak balik and tidur je terus* mesti lah perut lapar kan. So pak supir aku ni pon ada je idea yang boleh nak perabis duit kitorang iaitu bawak kitorang makan dinner tepi pantai. 

Dia pon suggest la Jimbaran Beach ni. Actually Jimbaran Beach dah memang femes kat sana as tourist spot untuk romantic dinner by the beach. Alongside of the beach memang banyak gila pengusaha restoran yang offer macam macam jenis seafood and makanan lain. Dia punya setting meja pon memang ala ala untuk dua orang. Haha

Macam ni lah lebih kurang keaadaan tepi pantai tu. Naqi tu tengah menghadap laut lah kiranya

Aku nak duduk kat meja tu. Tapi tu utk yang reserved je. Sheesh

Kat sini kena hati hati pilih makanan sebab ketam batu pun diorang ada jual. Diorang kan memang makan segala jenis makanan. Kita kena tengok betul betul lah. Air pon diorang ada serve beer & alcohol. To be safe order coke dalam tin aje lah ye.

My opinion:
Price-wise sama je macam kat malaysia. Pilihan makanan pon sama je macam kat Malaysia. Emm. Tapi ambiance dia agak priceless. Sebab setahu aku kat Malaysia takde lagi tempat camni ek?

DAY 4

Eh sekejap je rasa dah hari nak balik rumah. Haha. Last day ni memang takde plan nak gi mana dah. Plan nak siap siap kemas beg je then naik flight. Huhu.

Gambar breakfast untuk hari last pon aku terlupa nak ambik. Haha. Anyway, hari last ni kitorang peruntukkan untuk free 1 x 1 Hour Balinese Massage tu. Haa free je kan so belasah je lah. Jujurnya kalau suruh cerita best ke tak dia massage tu aku pun dah tak ingat. Hahaha. *nak buat entry sangat tapi nak komen pon dah lupa*

Dah siap siap kemas semua, bergerak lah kitorang ke airport. Tapi ondaway tu sempat lagi cakap kat pak supir nak singgah kedai sebab nak beli souvenir. Actually dah dua tiga hari memang singgah kedai souvenir dah. Cuma asyik rasa tak cukup je. kahkah. Sampai kan sebelum sampai airport pon nak singgah lagi. Ye lah kan barang pun takde lah mahal. Yang last round ni sebab aku teringin sangat nak cari bag kain yang I LOVE BALI tu. Akhirnya jumpa jugak. Haha


Agung Bali

Ok personally for me dalam ketiga tiga tempat famous ni aku paling suka kat sini. Sebab barang dia macam berkualiti sikit la. Kalau nak beli keychain or fridge magnet, better pergi sini. Sebab design dia lagi cantik & boleh tahan berkualiti sikit la dari yang lain.


 Krishna

Jangan pelik kenapa napa kedai ni Krishna. Aku pon taktau. Maybe owner dia nama Krishna kot. Huhu. Kat sini boleh dikatakan semua barang dia jual, dari tshirt, kain batik sampai la ke fridge magnet. Kat sini fridge magnet dia tak cantik sangat. Nampak cam murahan sikit. Hehe. Seluar matching yang aku pakai dengan Naqi tu aku beli kat sini lah. Haha



Hawaii Bali

Ni the least yang aku suka. Sebab kat dalam cam tak terurus. Aku pergi sini langsung tak beli pape. amazing tak? Haha. Lagipun rasanya kedai ni ada 1 je, takde cawangan macam yang lain. Bermakna kedai ni tak berapa famous lah. Huhu


KESIMPULANNYA?
Personally i think tak ada apa nak tengok kat sini. Untuk shopping pon, tak berapa nak menyeronokkan *Bandung lagi best* Untuk pemandangan pulak aku boleh bagi rate 7/10. Tempat menarik pon tak banyak. Aku suggest kalau untuk santai santai mungkin ok lah kot. Tapi for me kalau dah pergi tempat orang memang aku akan pergi jalan jalan tengok tempat dia *maybe tu yang buat penat sikit and jadual packed* Tapi kalau orang tanya nak pergi ke lagi ke tak i would politely decline. Hehe
.

No comments: