Sunday, September 8, 2019

Review: Spectra M1 Breast Pump

Assalamualaikum.
Bismillahirrahmanirrahim.

Kali ni nak review breastpump pulak. Hehe maklumlah dah banyak masa sekarang. Kahkah. Ok back to the topic.
Breast pump yang tengah guna sekarang is Spectra M1. Sebenarnya mula mula dulu nak tunggu kakak bagi Tiny Touch, tapi sampai kesudah tak beli. Ye lah dia katanya nak belikan buat hadiah, tup tup beli sendiri yang lain plak. Hahaha. Ok takpe. Next baby kut eh. :P

Actually aku beli this breast pump selepas dah bersalinkan Aisyah. Dalam minggu pertama kalau tak silap. Tu pun suami yang belikan sendiri kat kedai, yelah, kita pon tengah pantang kan. Aisyah pulak macam dah nak start jaundice masa tu. Tu yang mak relakan je suami pergi beli sendiri. Huhu. Nasib baik dah sempat buat research sikit sikit sebelum beranak haritu. TT

Then, untuk adik Aisyah, Jannah pun aku sempat gunakan Spectra M1 ni. Still usable ok even after almost 2 years. Haha.

(Picture source - Google)

First of all,

Harga

Masa aku beli tahun 2016, masa tu kalau tak silap RM500+. Beli kat Mom's House Baby Shop. Beli kat kedai dia kat Padang Jawa, Shah Alam. 

Harga pakej, dapat
  • 1 set Spetra M1 Single breast pump
  • 1 cooler bag V-Kool
  • 1 ice pack
  • 1 pack Autumnz Baby bottle (10 Pcs) (free storage bag inside pack *tak ingat berapa pcs, rasanya 5 pcs kot*)

Inside the box, the breast pump comes with

  • Pump motor
  • Tubing
  • Backflow protector
  • Breast flange
  • White valve
  • White neck milk bottle
  • Bottle cap
  • Bottle teat
  • Bottle stand
  • Power adaptor
  • T-connector (to enable double pumping)
Bunyi macam banyak gila parts dia kan, but the truth is aku rasa ni lah yang paling minimal. Tengok member punya medela tu macam komplikated je. Hehe

Lepas tu, kalau nak upgrade jadi Double pump senang je, pergi cari & beli set single yang ada:

  • Tubing
  • Backflow protector
  • Breast flange
  • White valve
  • White neck milk bottle
  • Bottle cap

Then sambungkan aje dekat T-connector (dapat sekali terus masa mula mula purchase Spectra M1). Suction dia ok, tak berubah pon walau dah jadi double pump.

So next, jom highlight apa yang best nya Spectra M1 ni.

Highlights of Spectra M1
#1 Lightweight

Yang ni memang +++point. Bagi aku yang memang pergi kerja kat KL from Shah Alam naik KTM & LRT, memang mebantu sangat. Ringan. 500gm je kot.

#2 Suction yang boleh di adjust

Spectra M1 ada Massage Mode & Expression Mode which ada 5 level speed. Speed akan automatically adjust bila suction level ditukar. Walaupon ada 5 je level, tapi for me dah mencukupi dah. Expression Mode level 3 pun dah cukup.

#3 Closed System

Based on my reading on other brand of breastpumps, rata rata brand lain semua nya ada masalah susu or moisture masuk dalam tubing. Jadinya dengan tubing2 tu semua nak kena dibasuh. Tak ke banyak tu. Tapi kalau dengan M1 ni takde langsung masuk dalam tube, sebab dah ada backflow protector. Tapi aku basuh jugak backflow protector tu je lah. Hehe

#4 Built in rechargeable battery

Yang ni best sebab setiap kali nak pump tak perlu nak cari plugpoint dah. Kalau macam kat ofis aku punya surau senang lah bila time ramai orang dalam surau tu. Plus the charged battery tu boleh tahan sampai 1.5 jam. Lebih kurang 3 - 4x pumping session (yang ni depends, for me kalau setiap session lama sangat lagi cepat habis battery and kalau jarak penggunaan for each session dekat dekat pon battery boleh habis cepat.

For me, i have to charge everyday.

#5 Auto shut off selepas 30minit

Untuk mommies yang nak buat power pumping memalam kalau tertidur memang bagus ada function ni. Jadi takde la membazir bateri tu. Hehe.

Masa first time aku tahu dia auto shutoff is bila masa aku pump tu dia tetiba behenti. Rupanya sebab lama sangat sampai setengah jam. TT bila baca review orang lain baru faham lol

Cons

#1 Takde LED display & night light

Based on the picture, panel button ada untul 3 tujuan je, On/Off button, Toggle button (untuk switch between Massage & Expression mode with light indicator. Light indicator akan on bila Massage mode) dan +/- button untuk increase/decrease speed & suction power (ada light indicator jugak, level from 1 - 5). Jadinya takde LED screen untuk tahu berapa lama dah pump. Night light pon takde kalau nak pump dalam gelap.

Bagi aku ni kalau takde pon takpe. Tapi kalau untuk mommies yang nak guna buat power pumping mungkin boleh opt breast pump jenis lain. Aku walaupun pump dalam gelap pagi pagi tapi dah hafal kedudukan button tu dah. Haha

#2 Kena tekan button agak kuat

Disebabkan takde LED screen tu lah i think kena tekan kuat sikit. Takde lah menyusahkan pon tapi its a point lah jugak. Aku tak kisah. Hehe

#3 Tak sesuai untuk heavy usage

Macam aku cakap kat atas tadi point #4, kalau pakai banyak kali contoh 8x sehari memang bateri cepat habis. For light user cam aku ni pon 2 - 3x sehari, aku charge everyday. Just in case sebenarnya, sebab malas nak bawak charger pi ofis, berat TT


CONCLUSION

For me, Spectra M1 ni bagus sebab dia portable and walaupun dia kecik dan design simple/basic, suction dia boleh tahan kuat macam yang lain. Harga pun takde lah mahal dan mampu milik untuk barangan buatan Korea. Untuk mommies yang tak nak guna untuk heavy duty, Spectra M1 ni memang recommended sangat. Cubalah!

Note: When i delivered Jannah last year, i just add on another set of, 
  • Tubing
  • Backflow protector
  • Breast flange
  • White valve
  • White neck milk bottle
  • Bottle cap
Which they already come in set and then voila! terus jadi double pump ok :)
.

No comments: