Wednesday, April 26, 2017

2nd Anniversary



Ya Allah. Pejam celik pejam celik dah dua tahun aku kahwin.
Ye, memang masih muda, masih jauh perjalanan. Baru dua tahun kot.
Masih tengah belajar mengawal kemarahan. Hehe.
Betul la, darah muda kan. Sebelum kahwin memang all lovey dovey sampai rasa nak kahwin masa tu jugak. Sekarang dah kahwin faham lah camne. Orang kata kita lagi tahu baik buruk pasangan berbanding keluarga & adik beradik dia.
Sedangkan lidah lagi tergigit, nikan pulak suami isteri. Haha. OK dah melalut.

So, 24hb tu takde ape lah yang special sangat pon. Berehat aje. Hihi. Kecuali harii sebelum tu ada la pergi ber'shell out' bak kata orang. Saje nak try. Sebab memang tak pernah makan. (ok noob sangat sebab tak trend dah pon kan. haha)

Kitorang pergi try dekat Kota Kemuning,Shah Alam,  nama kedai My Story Cafe. Rasanya ni bukan lah original shell out (i mean yang cipta concept shell out ni) tapi boleh tahan la kemiripan dia. Haha. Konsep dia memang sama; makan atas meja yang dialas plastik, jenis lauk ialah seafood as in udang, lala, & ketam, serta ada la corn in cob, sayur campur and sosej. Dihidangkan denagn nasi. kalau kat kedai ni dia pakej semua sekali siap dengan air. Boleh tahan la.
Ok dah macam promote plak. Haha

May this marriage brings us to Jannah, Ameen <3


.