Assalamualaikum.
Entry ni dah lama sangat sangat peram kat draft. sekarang bila bukak balik thinking to myself nasib baik ada buat coretan ni, sebab sekarang dah lupa detik detik tu specifically. Hahaha. Tapi sakitnya masih terasa.Anak dah 8 bulan dah pun. Hehe. Ok lah jom sambung.
Sebelum ni aku selalu tertanya tanya macamana lah nanti when 'that' time comes. Ye lah, macamana perasaan ko bila ko rasa nak beranak, tanda tanda macamana, sakit macamana? Adakah aku akan rasa sakit masa kat ofis ke, or time weekend bila aku ada kat rumah ke? Memang aku selalu terfikir. Semua tu rahsia yang tuhan je tahu kan. Preparation kita sebagai manusia ni memang lah ada. Tapi setakat kemas barang baby, kemas bag, beli keperluan and macam tu je lah. Kalau dari segi mental, jujurnya memang tak berapa nak ready lol *cry emoticon* ada ke orang kalau tanya dia ready ke tak nak beranak dia cakap ready? Kalau cam aku ni pain tolerance memang rendah. Tengok orang main pisau potong sayur pon seriau. Haha ( sebab dulu ada memory terhiris jari masa buat keje KH. U see u see betapa trauma nye. Haha) Tanya la sampai bila bila pon memang tak ready. Tapi tu lah kan, mind over matters. Walau tak ready pon aku tetap cuba tak fikirkan sangat pasal sakit bersalin tu, eventhough aku tau satu masa nanti akan rasa jugak jika diberi kesempatan.
Entry ni dah lama sangat sangat peram kat draft. sekarang bila bukak balik thinking to myself nasib baik ada buat coretan ni, sebab sekarang dah lupa detik detik tu specifically. Hahaha. Tapi sakitnya masih terasa.Anak dah 8 bulan dah pun. Hehe. Ok lah jom sambung.
Sebelum ni aku selalu tertanya tanya macamana lah nanti when 'that' time comes. Ye lah, macamana perasaan ko bila ko rasa nak beranak, tanda tanda macamana, sakit macamana? Adakah aku akan rasa sakit masa kat ofis ke, or time weekend bila aku ada kat rumah ke? Memang aku selalu terfikir. Semua tu rahsia yang tuhan je tahu kan. Preparation kita sebagai manusia ni memang lah ada. Tapi setakat kemas barang baby, kemas bag, beli keperluan and macam tu je lah. Kalau dari segi mental, jujurnya memang tak berapa nak ready lol *cry emoticon* ada ke orang kalau tanya dia ready ke tak nak beranak dia cakap ready? Kalau cam aku ni pain tolerance memang rendah. Tengok orang main pisau potong sayur pon seriau. Haha ( sebab dulu ada memory terhiris jari masa buat keje KH. U see u see betapa trauma nye. Haha) Tanya la sampai bila bila pon memang tak ready. Tapi tu lah kan, mind over matters. Walau tak ready pon aku tetap cuba tak fikirkan sangat pasal sakit bersalin tu, eventhough aku tau satu masa nanti akan rasa jugak jika diberi kesempatan.
Post ni nak cerita pengalaman bersalin kali pertama. Untuk coretan diri sendiri. Mungkin akan jadi panjang. Kalau taknak baca takpe je. Haha
15/04/16
6.00 am
Macam biasa pagi tu aku bangun nak pergi kerja, so nak pergi lah mandi. Tetiba time turun je dari katil aku rasa macam sesuatu. Macam panas je. Aku dalam hati macam eh tak kot, belum nak beranak lagi kot. Eh tapi mungkin ke? Aku buat biasa je sampai la aku masuk toilet nak mandi, tengok dah ada bloody show. Tak banyak tapi ada la. Sebelum ni tak permah pulak experience macam ni. So, ok. Dalam hati aku masih tenang. Haha. Time tu pikir nak kejut naqi and ajak pergi hospital je. Mungkin takde pape and aku masih boleh pergi kerja. Mungkin la (semangat lagitu nak gi kerja)
7.50 am
Sampai hospital je terus cari Dr Elly. Masa ni boleh berjalan lagi, boleh senyum2 kat kaunter reception tu lagi. Haha. Siap boleh tunggu doktor and rilek2 dulu kat tempat menunggu. Then doktor datang and dorang pon suruh pergi buat CTG scan and diorang nak check berapa cm dilated. Turn out i was 1cm dilated. Dalam hati macam tenang lagi. Masih tak sedar yang aku ni mungkin akan beranak harini. Doktor suruh balik, sebab taktau berapa lama nak sampai 10cm tu kan. Sebab ada orang sekejap, ada orang lama nak tunggu. Doktor tanya nak admit ke. Tapi aku cakap boleh balik dulu kot. Boleh tahan lagi ni. Haha. Ok then doktor pun pesan malam datang semula dalam pukul 10mlm camtu, dia nak VE.
10 am
Seingat aku la start time camni sakit dah kerap datang. Masa ni macam confuse nak kira contraction macamana yada yada. Tapi aku tahanje lah, go with the flow. Siap sempat nak cuba tidur lagi tu. Tapi aku sedar yang tak boleh nak lena pon. Sebab bilabaring rasa tu makin kuat. So nak taknak aku duduk je. Tapi mata memang mengantuk. Goyang badan kiri kanan nak kurangkan sakit.
12 pm
Masa ni sakit dah macam agak kuat. Rasa macam nak nangis pon ada. Tapi aku tahanje sb rasa dia macam sakit senggugut tapi senggugut yang agak kuat la (tak pasti tahap senggugut tu camne sangat sebab aku jarang period pain alhamdulillah). So aku decide nak mandi terus shampu bagai, kononnye last sebelum beranak lah. Haha. Siap sempat kemas bilik, sapu lantai bagai. Haa kau. Gigihkan jugak badan ni pergi mandi. Then solat. Time ni masih boleh solat berdiri. Solat asar pun alhamdulillah boleh solat berdiri.
4.30 pm
Time ni baru la aku terfikir nak download contraction timer app la ape lah. Adui. Nyempat lagi. Aku try google the best app, tapi tak dan sakit sangat dah aku rembat je mana yang ada. Seingat aku masa aku try app tu ada la between every 5 minutes sakit tu datang, and lasted about 30 saat? Aku pun tak sure kenapa macam cepat sangat sakit tu. Ingatkan dah 5 cm. Haha
7.30 pm
Time ni memang tak berapa nak tahan dah. Maghrib pon kena duduk. Time ni cakap kat naqi, tak payah tunggu pukul 10 malam, lepas isyak pon dah boleh terus pergi hospital kot.
9.00 pm
Nyempat lagi makan nasi goreng. Tapi masa ni dah takde selera. Serius takde. Tapi semua orang pesan suh makan jugak. Aku pun dengan muka kelat aku telan jugak. Tapi tak ingat berapa sudu je. Tak sangka tu lah nasi goreng (& mee goreng sikit) last yang aku makan sebelum beranak. Dah siap makan semua, barulah gerak pergi hospital. Time ni boleh senyum senyum lagi.
10.15 pm
Dalam time camni kot, kitorang sampai hospital. Sampai je terus diorang mintak nak buat CTG scan and VE. Aku at the same time memang excited and tak sabar dah ni nak tau bukaan dah berapa. Kot la dah 7-8 cm ke. Sebab dah sakit sangat. Boy i was wrong. Bila diorang check je, baru 4-5 cm. Lol. Serius aku ingat dah nak beranak. Hurm. Redha je lah kena admit malam ni. Tunggu sampai bukaan dah 7-8 cm. So naqi lah yang setel hal bilik tu semua. Aku tak kisah dah duduk kat mana mana. Janji dapat baring. Doktor pun pesan "to get some sleep if you can" sambil senyum senyum. Aku paham dah. Malam tu sikit pun aku tak dapat tidur. Masyallah sakit sangat sangat. Lagi sakit kalau baring terlentang. So solution nye aku mengiring lah. Nurse pesan, kalau rasa nak berak panggil dorang. Aku cam, ok (dalam hati terbayang rasa nak berak tu camne, ingat kan memang rasa cam nak berak)
Sepanjang malam memang aku asyik kerling dekat jam dinding je. Kebetulan katil aku tu betul betul menghadap jam dinding. Haih lagi la terasa masa lambat berlalu. Aku dok tunggu jugak bila la rasa nak berak tu sampai.
16/04/16
6.30 am
Masa ni kejut naqi nak subuh. Sebab aku pon memang tak boleh nak tidur dah. Time ni aku decide nak panggil jugak nurse. Sebab tak tahan sangat sangat dah. Memang ada rasa nak berak tapi taktau la betul ke berak camtu. Masih confuse. Sebab rasa cam nak berak bukan nak beranak. Haha. Panggil nurse suh check. Rupanya dah 7-8 cm dilated. Aku taktau nak happy ke lega ke or takut. Terus nurse tu bawak aku masuk labour room. Masa ni aku fikir 'that' time has come. Get ready idah. Masa ni jugak la semua breathing technique muncul dalam kepala. Haha. Nak hypnobirthing lah ape lah. Adui. But believe me, 1 pon aku tak dan nak apply. Huks.
7.30 am
Lebih kurang time camni aku dah masuk labour room. Nurse get ready pasang CTG semua. Heartbeat baby alhamdulillah semua ok. Just tunggu masa nak fully dilated je. Masa ni lah dugaan nye datang. Sebab bila dah fully dilate, tapi baby tak turun lagi. Masa ni aku dah start kena push. Push supaya baby turun. Tuhan je yang tahu masa ni berapa payah nak teran. Huhuhu. Seingat aku ade dua orang nurse tolak tolak perut sebab katanya baby kat tepi, dia tak jumpa jalan. Tu yang dorang tolak. Aku tak cakap apa la, mampu tengok je sebab nak kena push lagi. Dalam hati tolong la baby turun cepat, mak dah tak larat.
It took a while jugak nak nampak kepala baby. Aku dah paham yang teran bila contraction datang je. Tapi sekali bila contraction tu datang, takde la rasa macam nak berak pon. Tapi rasa sakit. Camne ek nak cakap. Huhu. Tuhan je yang tahu kederat aku dah tinggal banyak mana.
Dah banyak kali push tu, nurse offer nak bagi gas. Sebab mebi dia tengok aku cam kesian sangat kot tahan sakit. Aku yang tengah takleh fokus tu cam iyakan je lah. Anything that can take the pain away *cry emoticon* tapi nurse tu siap bagi disclaimer la yang gas ni tak mabuk sangat, dia just like laughing gas and buat kau khayal sikit, tapi kau masih mampu push. So nurse pun ajarlah camne nak guna gas tu. Bila contraction datang and sakit, terus sedut sampai sakit hilang. Honestly i tell you, langsung tak membantu. It does take the pain away buuuuut mungkin dalam 3% je lol. Lepas dah setel beranak baru aku tau nurse tu bagi gas enthonox.
9.30 am
Alhamdulillah tepat pukul 9.30 pagi lahirlah puteri sulung kami ke dunia. Masyallah naqi cakap lebat betul rambutnya. Doktor and nurse pun excited. Naqi potong tali pusat and azankan baby. Time baby keluar seribu 1 perasaan datang. Lega, sedih, takut, gembira, sebak. Taktau nak describe.
Alhamdulillah doktor and nurse sangat supportive. Supportive of normal birth and breastfeeding. . Malam first memang letak baby kat nursery, sebab memang aku tak larat sangat sangat dah. Bayangkan lebih dari 24hrs tak tidur (kat uni pun tak pernah camtu) balik ke bilik je lepas bersalin tu cari masa nak rehat. Dalam hati baru sedar yang camni rupanya perasaan lepas bersalin. Im was so drained.
Lepas tu bermula la journey of me and naqi as parents. Hehe. Bila baby dibawak masuk bilik je aku jadi nervous. Harap baby tak nangis. Sebab aku taktau nak wat camne. Haha. Bila baby berak pon dalam hati aku berharap biarlah time parents aku ada, boleh mintak mak or ibu aku yang tolong bersihkan. *cry emoticon* Tapi naqi pon pandai dah masa tu. Tengok demo sekali je terus dah amik jawatan. Hehe im so proud of him *grin emoticon*
Bila ingat balik, alhamdulillah tuhan permudahkan semua. Tipu la kalau cakap beranak ni tak sakit langsung, tapi aku bersyukur tuhan permudahkan, ada tanda sebelum aku pergi kerja, takde la aku dah kat ofis baru nak sakit perut. Kalau tak mungkin anak aku dah jadi rakyat kl kot. Hehe
So, itulah pengalaman pertama aku bersalin. Sebelum beranak aku selalu jugak la baca blog blog orang cerita pasal pengalaman masing masing. Honestly aku tak risau pasal sakit contraction sebenarnya sebelum aku beranak tu, tapi takut kena jahit. Huhu. Cam eh seramnya kalau terkoyak, kalau kena gunting, kalau kena jahit. Seraaaaaaam. Tapi actually sakit kena gunting tu like 1% je dari sakit bersalin *cry emoticon*
Belanja gamba ctg scan a week before. Time ni perut memang dah start mengeras tapi taktau plak tandanya dah nak bersalin. Bacaan spiked sampai 100. Huhu. Dan kat bilik ni jugak lah aku beranak. Tak sangka. Haha
So begitulah kesudahannya. Alhamdulillah semua selamat. Syukurrrr!
.
So begitulah kesudahannya. Alhamdulillah semua selamat. Syukurrrr!
No comments:
Post a Comment