*WARNING: Long post ahead*
Tadi terjumpa gambar dalam phone. Gambar hantaran masa majlis haritu. Sebelum terlupa nak cerita la dulu. Atleast nanti boleh tengok balik as kenang kenangan. Haha
Hantaran memang decide nak buat the least as possible. Jadinya 5 berbalas 7. Biasa lah kan. Tak mampu la deknon nak 13 berbalas 15 bagai. Hahaha
1) Sirih Junjung
Ok yang ni sebenarnya mula mula decided taknak letak, sebab takut membazir. Zaman sekarang mana ada orang makan sirih lagi dah. Even parents aku pun tak makan. Tapi tah macamana last last selit jugak sirih sebagai hantaran sebab taktau dah nak bagi apa. Sebagai adat lah kot kan. Huhu. Tempah kat kedai kat Jalan Teluk Sisek. Kedai bunga chinese. Sebab tu gubahan dia macam bouquet bunga, tak macam sirih junjung yang banyak2 style tu. Hehe. Aku ok je. Ni mak yang order kan. Siap bertema kan pink n white tau. Hehe
2) Kuih Karas
Taktau la kalau korang tau ni kuih apa. Quoted:
"Kuih karas merupakan sejenis kuih tradisional yang diperbuat daripada tepung beras. Ia mempunyai bentuk seperti jaringan halus seperti bihun tetapi rangup dan rasanya manis.
Kuih karas ini mempunyai bentuk seperti jala halus yang agak keras dan mempunyai rasa yang manis dan garing.
Kuih karas dihasilkan dengan menggunakan adunan tepung beras cair yang dikirai dengan menggunakan acuan khas dalam minyak panas sehingga kuning keemasan. Ia kemudian diangkat dan dilipat"
Kuih ni makcik aku yang sponsor. tak sure dia import dari mana. Haha. Tapi yang special nya kuih ni bentuk bunga ros beb. Huhu
3) Macarons
Rasanya ni yang paling gigih kot aku beli. Pergi beli naik bas weh. Lulz. Ofcourse lah aku yang teringin nak makan. Tapi tak sempat rasa pon. Sebab kan bagi kat pihak lelaki. Haha. Macarons ni beli kat TWG Tea. Sebenarnya feeling2 je nak bagi macarons. Aku tak biasa makan. Penah makan tapi tak berapa sedap. So aku siap google lah kat Malaysia ni macarons kt mana yang paling sedap. Kahkah. Jadinya review kata kat sini yang antara the best.
So aku google location kedai yang paling dekat dengan ofis. Paling dekat tau tak kat mana? Pavi uolls. So dengan mangatnya aku time tu keje kat Dayabumi, naik lrt turun KLCC and naik 'GO Bus' depan KLCC tu turun betul betul depan Pavillion. Go bus tu free je. Korang try lah naik. Surprisingly memudahkan. Hehe.
Macarons kat TWG Tea ni sumpah comel. Dia punya filling dalam macarons ni semua infused with tea. Macam macam filling dia jual. Siap boleh pilih kaler kotak dia. Kalau tak silap ada merah, kuning & purple. Aku pilih purple. Harga dia aku tak ingat. Tapi Naqi cakap tak sedap pon. Kahkah. Tapi taktau la sebab Naqi tu tak reti makan menda manis. So mungkin dia rasa tak sedap, tapi sebenarnya sedap. Entah. Haha.
4) Kain Songket
Songket ni mak kata hadiah daripada mak ke menantu. Gitchuu. Kebetulan sebelum kahwin ada pergi Terengganu. So kitorang singggah la tempat biasa which are kalau tak Pasar Payang, pegi Noor Arfa Batik. Ni memang tempat feveret. Sebab jarang dah sekarang balik KT. Setahun mungkin 2 3 kali je. So kitorang suka la cuci mata tengok tengok kain kat sana. Hehe.
Songket yang ni takde la mahal sangat. Beli yang simple je. Sebab songket kalau cantik sangat kan boleh jadi harga ribu ribu. Rasanye ni yang paling murah lah. Hadiah songket sebab songket kan boleh tahan lama. Hopefully original songket from terengganu lah kan. Boleh tahan sampai anak cucu cicit. Hahaha
5) Perfume
Perfume ni aku tak berapa ingat harga berapa. Tapi time beli tu kat Metrojaya Mid Valley. Wangi tau bau dia. Brand Crocodile kalau tak silap. Aku tak arif sangat lah perfume2 ni. Ni pon Naqi yang pilih sendiri. Aku pun tak pakai. Tapi hantaran aku dapat perfume jugak. Haha
6) Kasut
Standard lah kan orang bagi kasut as hantaran. Tapi kasut lelaki semua mahal mahal beb. Kalau murah sikit mesti tak berapa cantik or biasa je. Yang ni pon pening nak beli. Sebab budget berapa je. Tapi beli jugaklah. Niat nak hadiah. Boleh bawak pergi kerja kan. Takpun bawak pergi majlis ke. Hehe
7) Wallet/man purse
Ni memang kebetulan tengok kat instagram. Macam cantik pulak kan tengok diorang punya skill. Boleh customade korang punya wallet. Kebetulan Naqi punya wallet yang dah ada dah lunyai, so i decided nak bagi lah as hadiah. Siap buat sketch bagai beb bagi kat tukang buat tu. mangat jugak time tu. Hahaha.
Boleh visit instagram @alleather
Ok tu je lah kot. Gubahan semua buat sendiri iaitu oleh mak aku. Ikat ikat riben tu ada lah aku beri sentuhan sikit. Kahkah. Tapi gubahan tu actually senang je. Beli beberapa bouquet of flowers yang ada 2 3 jenis bunga. Pastu letak je kat atas dulang. Patu barang barang hantaran tu ikat je dengan riben. Tadaaa. Haha. Dulang pun iols yang DIY sendiri. Gamkan pinggan dengan pasu. Haha bunyi cam pelik kan tapi tak kisah la janji aku puas hati. Nak buat entry pasal DIY dulang hantaran tapi masa buat tu lupa nak amik gambar. Sooo. Tengoklah camne.
Ok bai.
No comments:
Post a Comment