Wednesday, February 29, 2012

Alhamdulillah

Assalamualaikum. hee

after a while now im back for good. haha. 
anyway, aku baru tengok result exam dengan mata kepala sendiri kelmarin. padahal result dah keluar 22hb lagi dah.

alhamdulillah tak ada repeat. ya, alhamdulillah! subject yang memang aku rasa 90 percent peluang aku nak gagal aku boleh dapat B. serius pelik. kuasa Allah. he he

tapi usaha aku sebenarnya still tak mencukupi. tak cium pun bau DL. haha. 
semua aku dah buat betul dah, score yang credit hour tinggi. yes, did that one. tapi ada satu yang 3 credit hour aku dapat C+. memang tarik gila pointer aku. tapi takpe la aku bersyukur macam ni. adalah tu hikmahnya. seumur hidup aku belajar kat U ni memang aku tak pernah dapat DL. ya. tak pernah. he he. kalau aku terlampau fikir, memang rasa down dengan fakta tu, tapi nak buat macam mana. ada satu sem lagi. insyallah cuba lagi kuat. :)



p/s: tahniah kawan kawan yang dapat DL. yang ada repeat tu jangan down ye, itu akan buat korang lagi kuat. sebenarnya tak sempat nak update dengan kawan kawan pasal result diorang. sebab masa tu takda kat Malaysia. he he. result housemate saya semua okay ke? ;D
.

2 comments:

nabila faryzza said...

degree ni, susah betul nak dapat DL. even, bau DL pun susah. hehe :)
btw, alhamdulillah semua lulus en

idahMOMOE said...

yupp alhamdulillah, thanx eja. hehe